Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Ahad, Mei 04, 2014

Lalat Askar Hitam (BSF)

Pereputan bahan organik dgn cara ini, sebenarnya sudah berlaku sejak azali lagi. Sunatullah. Di jadikan Allah, makhluk kecil yang manusia namakan "Lalat Askar Hitam" ataupun "Black Soldier Fly" adalah untuk maksud "tukang kompos" sahaja. Lalat dewasa dilahirkan tanpa mulut kerana tugasnya hanya untuk mengawan dan menghasilkan telur. Lepas tu mati (jangka hayat dalam seminggu).

Gambarajah 1

Dari gambarajah di atas, lalat askar hitam memulakan hayatnya pada takuk "Emerges". Dalam masa tiga hari lalat jantan dan betina akan mengawan, diikuti tiga hari untuk bertelur. Selepas tiga hari lagi telur akan menetas dan keluarlah larvae, atau ulat. Jika makanan mencukupi, ulat akan makan dan terus membesar dalam masa 18 hari. Bila sudah matang, ulat akan mencari tempat kering untuk menyorok dan mengeras badannya. Peringkat ini dipanggil peringkat pupae dan 14 hari lepas itu akan menetaslah seekor lalat askar hitam yang baru.


Large scale : Di Indonesia, bahan buangan dari kelapa sawit telah berjaya di kitar semula menjadi makanan ikan. Laporannya di sini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon contact number tuan....saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut

Unknown berkata...

017 9161458/012 2360936