Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Selasa, Februari 27, 2007

Inallilah

Anggur yang aku tanam sebulan lepas dah mati. Duduk dalam kotak lampu tu memang panas. Agaknya baka Anggur Lebanon tu tak sesuai suhu 30 darjah ke atas. Mula-mula dah naik seinci pada umur 3 minggu, daun pun dah masuk 4. pastu pucuk nya mula terbakar. Esoknya hancus pucuk, maka anak pokok tu terus lentok. Aku angkat letak keluar rumah bawah redup, tak bleh jalan jugak. Sebab masalah kepanasan ni, aku tengah nak buat projek AIR-COND pulak. Mau kasi sejuk itu bilik kasi sub 28 darjah! Nanti ada gambar kasi sini tunjuk jugak. Aku namakan air-cond ni Oranmiskin.

Rabu, Februari 07, 2007

Kotak Lampu

aku tanam sistem hidroponik tak guna cahaya matahari. Tapi guna kotak lampu, seperti yang tergambar kat bawah. Yang rumitnya, guna kotak lampu adalah kepanasan. Kipas meja kena ada kat depan supaya dapat keluarkan udara panas dari dlm kotak. Ikut kajian, kalau panas sangat (30 hinga 34 darjah Celcius), pokok kurus. Suhuh sesuai antara 28-29, baru laa pokok boleh gemuk. Kalau dah 35 darjah ke atas tu kira kes berat. Pokok bleh mati. Untuk itu aku juga ada Jangkasuhu utk pantau suhu kat dlm kotak dan luar kotak. Aku beli Jangkasuhu digital buatan Taiwan ni kat kedai Akuarium di Jln Pasar. Dlm 25 ringgit harganya.

Ni gambar setup haidroponik aku yang terkini.
Photobucket - Video and Image Hosting

Dan ni gambar Jangaksuhu dan Pam Angin.
Photobucket - Video and Image Hosting

Ni pulak Bayam dalam botol jam. Sistem pasif, guna tali mop dan CD lama sebagai lapik. Saja buat camni, nak tengok akar!
Photobucket - Video and Image Hosting

Anggur

Benih Anggur ni aku keringkan setelah beli Anggur kat Giant. Aku cambahkan dalam set hidroponic, sampai keluar akar setengah inci. Pastu aku semai dalam pasu kecil. Ni dia gambar sekitar seminggu selepas di semai.
Photobucket - Video and Image Hosting

Haidroponik Bubbler

Ni pulak konsep Bubbler. Sama dengan pasif tapi kali ni saya tambah pam angin utk tiup buih kat bahagian bawah pohon/akar. Bekas plastik yang saya guna saiz 13 inci x 18 inci x 4 inci dalam. Dalam 5 ringgit. Styrofoam banyak kat kedai2 TV, potong ngam2 utk tutup bekas tadi dan buatkan lubang bulat2. Sb banyak lubang dan rapat2, kena hati2 laa, saya potong guna soldering iron. Lukis dulu baru potong. Utk pasu2 kecil pulak, saya guna acuan kuih lompang saiz kecil (1.5 inci). Bontotnya dilubang2kan sebanyak 10-15 kali. Hehehehe.

Konsepnya...
Photobucket - Video and Image Hosting

Tak percaya.. ni gambar aku buat sendiri..
Photobucket - Video and Image Hosting

Ni pulak bila dah semai..
Photobucket - Video and Image Hosting

Aku semai kucai...
Photobucket - Video and Image Hosting

Haidroponik Pasif

Sistem haidroponik pasif bermaksud, sistem yang tak mengunakan pam. Yang penting adalah sumbu untuk akar pokok menghisap air baja. Saya gunakan kain perca jenis kain kapas, digumpal gumpalkan dan mempunyai ekor yang terendam dalam air baja. Tanaman seperti kangkung sangat sesuai kerana akarnya boleh dibiarkan terendam dalam air bila dah agak besar. Masa percambahan benih, biji benih saya selitkan celah2 gumpalan kain yang lembab di bahagian atas, dan bila dah berbatang dan daun pun dah ada 4 hingga 6, saya selitkan batang kangkung tersebut, akarnya terus ke dalam air.

Ni gambarnya tanaman kangkung sekitar 1 minggu.
Photobucket - Video and Image Hosting
Setelah sebulan, macam ni jadinya.
Photobucket - Video and Image Hosting

Selasa, Februari 06, 2007

Haidroponik Dutch Bucket

Ni ada beberapa projek haidroponik yang saya buat sendiri.
Pertamanya saya buat Dutch Bucket Hidroponic. Saya guna bekas tong cat 18 litre dan pasu 8 inci. Dalam pasu saya isi sabut kelapa dan sedikit batu sungai di bahagian atas utk kejapkan sabut. Pam angin akuarium dipasang 24jam dan menghembus angin ke bahagian bawah tong yang berisi air (baja cair) melalui tiub akurium. Sedikit air terhembus ke bahagian atas dan bertindak sebahgai penyembur air ke atas sabut dan pangkal pokok. Gambarajah berikut adalah lakaran untuk sistem hidroponik ini.
Photobucket - Video and Image Hosting

Saya mula buat set ini pada awal Disember 2006, dengan mencuba menanam halia, dan gambar ni diambil pada 10-1-07. Umur pohon halia ni sekitar 1 suku bulan.
Photobucket - Video and Image Hosting
Setelah beberapa hari, di bwh pula gambar di ambil 3 minggu kemudian. Halia ni dah 2 bulan umurnya. Di bahagian batu2 yang basah tu saya ada letak/semai bbrp benih kacang panjang dan kacang pea. Saya ada juga letak serumpun pegaga dan selagi ada air nampaknya sihat laa pokok tu.
Photobucket - Video and Image Hosting