Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Jumaat, Mac 02, 2007

Bubbler update

Photobucket - Video and Image Hosting
Banyak tak menjadi dalam Hidroponik Bubbler aku setelah beberapa minggu beroperasi. Suhu dalam kotak tu sentiasa panas agaknya. Antara 29 darjah hinga 32 darjah Celcius. Yang cepat hidup adalah jagung dan kangkung. Yang lainnya spt kucai, ketumbar, kailan tak mau jadi. Dekat sebelah tepi tu ada aku buat hidroponik bersumbu dalam botol. Aku letak serai dan selang beberapa hari, ada tumbuh akar. Camni kalu nak cuba serai wangi pulak lah!
Kat belakang serai tu, aku cuba buat kloning limau kesturi. Ala daun limau yang buat tomyam tu. Kesturi ka? apa ka? Lantak!
Atas bubbler tu, jagung. Sehari jer dah tumbuh akar. Aku terpaksa buat hidroponik sumbu dalam botol 100 plus 1 liter khas utk jagung sekor tu. Terpaksa alih keluar rumah, nanti terbakar pucuk, habis.

Kucai lagi

Photobucket - Video and Image Hosting
Ini kucai baka Juriah. ekekeke.
Tanah aku ambil dari bawah ampaian kain. Banyak rumput kat situ, mesti subur agaknya. Campur dengan pelet taik ayam sikit. Nampak gaya okay lah kot.

Menanam kucai

Aku masih gagal menanam kucai secara hidroponik. Kalau guna tanah, ada sikit2 menjadi, tapi tak gemuk2. So, aku cari kat internet camner nak tanam kucai. Nama kucai dalam omputih adalah "Chives". Baka yang kita dok makan ni namanya "Chinese Chives". Ini satu artikel pasal Kucai yang aku telah alihbahasakan.

Kucai
Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang sesuai utk ditanam utk tujuan hiasan (ianya berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh di makan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai utk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Tempat untuk menanam Kucai
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tak perlu banyak di baja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit2 pun boleh hidup sebab bawangnya masih ada.

Menyemai Kucai
Sama seperti bawang, ada akar berbawang (bulbs) dan daun. Bawang tsbt boleh bercambah dengan cepat dalam jangka masa beberapa tahun dan ini cara yang terbaik utk menyemai kucai. Korek akar-akar berbawang tersebut dan asing-asingkan dan tanam semula dengan bawang tersebut di paras tanah. Ia akan cepat besar sebab dah tak ada trafik jam nak membesar.

Menanam dari biji kucai pun senang. Sulam biji kucaio di dalam rumah dalam bekas berisi kompos yang sentiasa lembab. Anak kucai akan muncul pada hari ke tujuh hingga ke sepuluh. Alih ke pasu di luar rumah dengan jarak 8 inci (10cm) antara pokok apabila kucai berusia dua minggu ke atas.

Menjaga Kucai
Senang jer. Kalau tanah nya dah memang disediakan elok seperti yg tsbt di atas, relax dan tengok dia hidup jer la. Susah kena penyakit dan hanya perlu di airi bila betul2 dah kering. Cuma kalau anda menanam sebelah pohon bawang, unggas perosak bawang boleh menggangu kucai jugak.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya kondisinya di jagai, iaitu tanah yang subur.

Menuai Kucai
Potong kucai guna gunting bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang di tanam dari biji seharusnya di tuai selepas setahun, atau pun setelah ianya berbunga. Ini adalah utk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh.

Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara2 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai utk di makan, bunganya perlu dibuang utk mengalakkan pertumbuhan daun sahaja.

-itu saja. artikel asal di SINI

Khamis, Mac 01, 2007

Airconmiskin

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni gambar kipas 12 inci yang aku dah tambah dengan segulung tiub tembaga. Tujuan tembaga tu utk mengalirkan air ais (sejuk) yang dipam masuk dari sebuah bekas, dan keluar balik ke dalam bekas tersebut.
Utk percubaan kali pertama, aku guna baldi, taruk ais 2 paket (seringgit) dan pam ikan utk pam air ais tu. Kipas full speed. Hasilnya kurang memberangsangkan. Selepas sejam berjalan, suhu hanya turun 1 darjah, dan semua ais dah hancur. Air pun dah suam-suam kuku. Pengewapan dalam tiub tu pun hanya berlaku setakat 2 gulung ajer.
Keputusannya, sistem ni boleh berfungsi dengan lebih baik andainya beberapa perkara perlu diperbaiki.
Pertama, pam ikan tu kena lagi power. Pam saya guna tu kurengs sikit, air tak laju, meleleh ajer. Jadi ianya terlalu lama kat dalam tiub. kalau laju, air sejuk dapat masuk kesemua gulungan dan pengewapan boleh berlaku sampai ke hujung tiub.
Keduanya, kipas perlu power lagi, agar segala wap yang terkeluar disekeliling tiub dihembus sampai kering. Sekarang ni, wap tsbt siap meleleh lagi. kena boh kain alas kat lantai supaya tak banjir.
Ketiga, bekas ais tu kena yang tahan cair. Bukan baldi. Tong polystyrene yang diguna utk simpan ikan tu bagus jugak.