Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Selasa, Februari 06, 2007

Haidroponik Dutch Bucket

Ni ada beberapa projek haidroponik yang saya buat sendiri.
Pertamanya saya buat Dutch Bucket Hidroponic. Saya guna bekas tong cat 18 litre dan pasu 8 inci. Dalam pasu saya isi sabut kelapa dan sedikit batu sungai di bahagian atas utk kejapkan sabut. Pam angin akuarium dipasang 24jam dan menghembus angin ke bahagian bawah tong yang berisi air (baja cair) melalui tiub akurium. Sedikit air terhembus ke bahagian atas dan bertindak sebahgai penyembur air ke atas sabut dan pangkal pokok. Gambarajah berikut adalah lakaran untuk sistem hidroponik ini.
Photobucket - Video and Image Hosting

Saya mula buat set ini pada awal Disember 2006, dengan mencuba menanam halia, dan gambar ni diambil pada 10-1-07. Umur pohon halia ni sekitar 1 suku bulan.
Photobucket - Video and Image Hosting
Setelah beberapa hari, di bwh pula gambar di ambil 3 minggu kemudian. Halia ni dah 2 bulan umurnya. Di bahagian batu2 yang basah tu saya ada letak/semai bbrp benih kacang panjang dan kacang pea. Saya ada juga letak serumpun pegaga dan selagi ada air nampaknya sihat laa pokok tu.
Photobucket - Video and Image Hosting

Tiada ulasan: