Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Sabtu, Mei 24, 2014

Lalat Askar Hitam III

Projek ini saya mula dah hampir sebulan lepas. Terjumpa bbrapa barang yang ngam... saya terus buat kotak BSF ni...



Baldi cat 8liter, tayar luar basikal kanak-kanak, zip ties, T-joint (PVC pipe). Tayar tu saya potong buang bahagian rim nya sebab di situ ada wayar. Ianya fit ngam-ngam dibibir baldi otomatik jadi alur disekeliling baldi dan pada satu tempat dilubangkan bahagian bawah, buat funnel sikit dari tin coke dan masuk botol untuk collection.

Saya isi nasi basi, lauk pauk basi, kulit telur, kulit keledek, kentang, mangga. Sesekali termasuk kepala ikan. 
Setelah dua minggu, banyak ulat lalat daun keluar. Tapi selang sehari dah hilang.
Hampir 3 minggu baru dapat ulat BSF matang keluar. So far 3 hari dah tengok ada dalam 50 ekor. Sedikit saya bagi makan ikan Tilapia dan Puyu. Memang menyambar! Banyak saya buang balik ke tanah supaya ada pembiakan induk. Ini gambar ulat BSF matang.


Selasa, Mei 06, 2014

Lalat Askar Hitam II

Saya akan cuba hasilkan Lalat Askar Hitam untuk tujuan makanan tilapia, dan ternakan ayam satu masa nanti, insyallah. Berikut cadangan saya untuk kotak Lalat Askar Hitam. (BSF Harvester).

Kemungkinan saya akan guna kepingan plastik besar yang di lipat-lipat mengikut outline berikut:- Ukurannya saya tak final lagi. Untuk dapatkan kotak sebesar 1 kaki lebar, 1.5 kaki panjang dan 1 kaki tinggi, kepingan untuk pattern berikut memerlukan saiz 10 kaki persegi (3 x 3.5) , boleh termasuk penutup sekali..


Itu cuma untuk bahagian badan saja. Tutup dan aksesori lain belum final.

Saya guna Sketchup untuk buat rekabentuk 3d ini.


Target hasil akhirnya sebegini:-


Ahad, Mei 04, 2014

Lalat Askar Hitam (BSF)

Pereputan bahan organik dgn cara ini, sebenarnya sudah berlaku sejak azali lagi. Sunatullah. Di jadikan Allah, makhluk kecil yang manusia namakan "Lalat Askar Hitam" ataupun "Black Soldier Fly" adalah untuk maksud "tukang kompos" sahaja. Lalat dewasa dilahirkan tanpa mulut kerana tugasnya hanya untuk mengawan dan menghasilkan telur. Lepas tu mati (jangka hayat dalam seminggu).

Gambarajah 1

Dari gambarajah di atas, lalat askar hitam memulakan hayatnya pada takuk "Emerges". Dalam masa tiga hari lalat jantan dan betina akan mengawan, diikuti tiga hari untuk bertelur. Selepas tiga hari lagi telur akan menetas dan keluarlah larvae, atau ulat. Jika makanan mencukupi, ulat akan makan dan terus membesar dalam masa 18 hari. Bila sudah matang, ulat akan mencari tempat kering untuk menyorok dan mengeras badannya. Peringkat ini dipanggil peringkat pupae dan 14 hari lepas itu akan menetaslah seekor lalat askar hitam yang baru.


Large scale : Di Indonesia, bahan buangan dari kelapa sawit telah berjaya di kitar semula menjadi makanan ikan. Laporannya di sini.