Read this blog using your preferred language. Lisez ce blog en utilisant votre langue préférée. Lesen Sie dieses blog mit Ihrer bevorzugten Sprache. Lea este blog usando su lengua preferida. Прочитайте это blog использующ ваш предпочитаемый язык. Legga questo blog usando la vostra lingua preferita. Lees dit blog gebruikend uw aangewezen taal.

Rabu, April 27, 2011

Pagar

Pagar untuk pertanian teramat penting. Antara sebab tanaman mesti ada pagar...
1. Kambing suka pucuk2 pokok tanaman renek..
2. Kerbau suka gesel badan kat tiang pagar. Ini pembawa masalah besar. Pakai chainlink fence pun boleh senget dan terus roboh kalau tak dibaikki selalu.
3. Babi suka sondol cari akar dan umbi baru...
4. Monyet pun suka, semua dia belasah.
5. Klu bela ikan, siaplah serangan memerang;
6. Klu bela ayam, musang, ular dan biawak boleh jadi tetamu.
7. Kalau tanam gaharu, kena pasang guard..musuh utama "musang kepala hitam"...

Okay, saya cadang nak buat mini nurseri. Mungkin kawasan yang perlu di pagari dipersekitaran 40 x 50 kaki... saya cadang nak guna "pagar letrik"...

Pagar letrik yang dimaksudkan adalah pagar letrik untuk pertanian. Letrik yang dialirkan sekadar bertujuan untuk mengejutkan, bukan untuk membunuh. Masih ramai orang beranggapan, pagar letrik sebagaimana letrik AC yang kita guna seharian dirumah. Sebenarnya hanya kuasa sekuat bateri kereta (12V) atau bateri motor (6V) diperlukan untuk pagar letrik hingga  berpuluh ekar luasnya.

Antara peralatan yang diperlukan:-
1. Energizer atau Charger pagar letrik
2. Bateri
3. Solar Panel + charge controller
4. Gulungan dawai pagar letrik (3 baris minima)
5. Penebat (insulators)
6. Tiang tebat letrik - kayu/buluh/plastik

Anggaran dalam RM 500-1000...


Isnin, April 25, 2011

Perigi III

Katakan untuk sesuatu mini nurseri anak tanaman memerlukan 160 gelen air untuk sesekali siraman. Sehari 2 kali siram. Maka perlu 320 gelen (lebihkurang 2 tangki).

Peralatan yang diperlukan untuk pengairan....

Opsyen 1...

1 tangki 160 gelen
Pam DC (50 watt) boleh isi 160 gelen dalam masa 30 minit beroperasi
bateri kereta 12V 10ah
panel solar 10W + charger controller
paip2 yg berkaitan
lain2 spt wayar, tiang, paku, skrew dsbnya.
anggaran RM600-800

Pengairan Mini Nurseri

Persoalannya....
Cukupkah panel solar 10 watt untuk menjadikan sistem ini beroperasi secara konsisten? ...saya cuba congak...
Sekiranya dlm sehari dapat cahaya penuh 6 jam, maknanya sudah dapat 10x6 = 60watt tenaga. Bateri kereta boleh muat dalam 90watt. Pam DC 50 watt. Boleh pam 4 liter seminit. Untuk penuhkan tangki 190gelen perlu 40 minit dan lebihkurang 45watt kena sedut dari bateri. Jadi ada ruang (60-45watt=15watt) utk kegunaan lain. Ini kes matahari 6 jam. Kalau lebih lagi bagus.
Kalau hujan ok jugak.. kena buat sistem tadahan hujan (dari bumbung nurseri) masuk ke dalam tangki....

Spesifikasi Pam DC - 12V 50Watt , 7.5A (start) 5A (continous). Ianya adalah jenis "bilge pump" iaitu kegunaan mengeluarkan air dari dlm bot. Selalunya perlu kelajuan yg agak tinggi, mudah alih dan jimat. Model yang sesuai bagi saya ialah cukup asas saja utk pam air sekadar beberapa tangki sehari. Harganya boleh dapat kurang RM300 dipasaran. Kadarnya 240 gelen sejam dan ketinggian 24 kaki boleh dicapai. Saya congak, utk isi tong 160 liter hanya mengambil masa kurang 10 minit, kalau guna 240gph. Maknanya sekadar

Perigi II

Perigi bergarispusat 2 inci dah siap. Dimusim hujan ni, sedalam 3 kaki dah ada air. Aku dapat korek sampai 7 kaki..jumpa tanah keras..3 shift aku buat perigi ni, setiap satu shift dalam 4-5 jam. Sekarang aku dah buatkan pam kompo, guna footvalve kat bahagian bawah. Airnya campur tanah kalau terkocak dasar. Air pun nampak gaya air payau, sebab area ni area bekas lombong. Boleh guna utk tanaman ajer lah.
Tengah plan nak guna pam DC untuk tolak air dari lebihkurang 6 kaki bawah paras tanah.... bersambung...
Pirigi paip 2 inci dengan pam kompo

Selasa, April 19, 2011

Perigi

Tanaman memerlukan kombinasi beberapa perkara asas untuk hidup subur. Air, cahaya, udara, dan media. Kegagalan penanam menyediakan perkara-perkara tersebut dalam tanaman akan menggagalkan usaha.

Walaupun cuaca kita selalu mendapat sumber air hujan, namun di tanah-tanah dataran di dapati selalunya sumber air untuk tanaman banyak bergantung kepada sungai, parit, taliair, kolam dan takungan-takungan buatan manusia spt tong. Di kebun2 sayur kita selalu dapati penanam menyiapkan tong tong sebagai bekas simpanan air yang biasanya di tadah dari air hujan.

Sebelum adanya bekalan air bersih (sistem paip), kebanyakan dikampung kampung guna perigi. Tetapi bila ada paip, perigi2 tersebut telah di tinggalkan dan terkambus. Sepatutnya perigi2 itu dipeliharai dan diguna untuk sumber pengairan untuk tanaman di hari-hari kering.

Beberapa hari lepas saya cuba korek perigi di tengah-tengah kota. Guna paip PVC 2 inci, saya dah berjaya masukkan paip tersebut se dalam 6.5 kaki. Terdapat lapisan pasir halus diparas ini dan sudah terlalu sukar utk menembusi lagi. Saya berhenti mengorek dan beberapa hari lagi akan memantau paras air bawah tanah, samada sudah memadai atau tidak.

Pengorek perigi guna aksesori PVC 2 inci.


Sabtu, April 16, 2011

Pokok Kurma

Anak kurma berusia 2 tahun. 6 jam matahari sehari.
Dua tahun lepas, secara tak sengaja, saya tertanam beberapa anak pokok kurma. Biasa di bulan puasa, saya beli kurma yang jenis murah, dan biji bijinya tercampak ke dalam baldi lama yang saya buat sebagai tempat kompos. Lapisan tanah dan lebihan makanan diselang selikan dan di sirami air lalu di tutup. Selang beberapa bulan saya perasan ada pucuk pokok tumbuh di dalamnya. Saya pun korek nak buang, rupa-rupanya ada 7 biji kurma bercambah. Saya pun aleh ke bekas yang lebih sesuai.

Rabu, April 13, 2011

Herba: Mahkota Dewa


Mahkota Dewa adalah sejenis pokok herba berasal Papua New Guinea. Beberapa tahun lepas semasa ianya hangat di pasaran, anak pokok Mahkota Dewa berharga sehingga seratus ringgit sepokok. Sekarang harganya dipersekitaran RM30. Saya perolehi anak anak Mahkota Dewa ini dari bawah pokok yang sudah besar. Ianya berbuah lebat, ranum dan gugur ke tanah, lalu bertunas. Di situlah saya ambil, dan di letakkan ke dalam bekas botol plastik seperti gambar di bawah. Umur anak anak pokok dipersekitaran 2-3 bulan. 

Pokok Mahkota Dewa

Buah Mahkota Dewa masak, 1 inci.

Anak Mahkota Dewa

Guna botol plastik sebagai bekas semaian

Fertigasi

Perkataan "Fertigasi" berasal dari perkataan Inggeris, iaitu Fertigation. Iaitu dari dua perkataan "Fertilization" dan "Irrigation".

Maksud fertigasi bolehlah dirumuskan sebagai penggabungan dua jenis operasi kerja dalam pertanian iaitu membaja (fertilization) dan pengairan (irrigation) di lakukan serentak.

Secara tradisinya petani akan membuat dua kerja ini berasingan. Beliau akan membuat peparitan, membuka pintu empangan, mengangkut air, memasang pam dan paip dan sebagainya untuk tujuan pengairan. Untuk menyuburkan tanah, beliau akan menabur baja ataupun menabur secara manual maupun secara menggunakan mesin.

Dengan kaedah "Fertigasi" kedua-dua kerja ini dilakukan serentak. Maksudnya, pembajaan pokok dilakukan melalui sistem pengairan. Sebenarnya secara sedar tak sedar mak datuk kita dah amal sistem fertigasi ini. Saya ingat mak saya tanam sayur-sayuran dan jagung, beliau akan menyiram sayurannya dengan air busuk dari dalam tempayan yang diperam isiperut ikan (lebihan selepas menyiang ikan). Sekaligus pokok2 itu di airi dengan air baja organik. Bezanya dengan sistem fertigasi moden adalah disegi penggunaan pam, timer dan peralatan yang boleh menelan belanja besar. Mak saya guna tempayan, ceduk dengan tangan, siram dengan tangan aje.

Sama juga dengan Apek, beliau menjadikan besen sebagai penakung air kencing beliau sendiri di dalam kebun sayur dan selang beberapa hari diceduk air kencing tsbt untuk membajai tanaman kucai di batas tanaman. Kucai hidup subur, dituai dan dijual sebagai punca rezeki beliau. Fertigasi sebenarnya sudah lama ujud dalam sistem pertanian.

Sistem2 Fertigasi moden kebanyakannya bermotifkan komersial, dan banyak yang merahsiakan kaedah2 mereka. Kecuali anda sanggup berbelanja membeli peralatan dan barangan mereka, menghadiri kursus2 yang dianjurkan mereka, barulah rahsia2 sistem tersebut diberitahu. Terutamanya didalam menyediakan campuran baja cecair yang terbaik untuk sesuatu jenis tanaman. Ada juga syarikat yang menjual biji benih secara pukal sahaja, iaitu dengan sistem fertigasi sekali. Untuk individu membeli sekampit dua kecil, tidak akan dilayan.

Untuk penggemar fertigasi secara hobi, kita boleh guna peralatan2 yang biasa terdapat di kedai hardware dan aquarium. Baja cecair hidroponik sesuai digunakan. Ada juga baja organik EM yang boleh digunakan.

Selasa, April 12, 2011

Global Bucket

Dalam banyak2 percubaan menanam sayur, kaedah global bucket (ataupun earth box) paling mudah bagi ku. Kaedah global bucket banyak diaplikasikan di tempat2 yang kering seperti di kawasan2 gurun. Secara tradisinya petani Afrika akan menanam labu air ke dalam batas sayuran sebagai takungan air yang mampu mengairi tanaman utk bbrp. hari. Antara kelebihan global bucket adalah..

a. Tak perlu siram hari-hari
b. Media senang dapat. Tanah biasa boleh. Untuk penyaliran dan resapan air yang baik boleh campur sabut yang di hancur2kan. Untuk elakkan air jadi masam, campurkan kayu arang sekali.
e. Baja hanya sekali. Boleh ditabur disekeliling untuk sebanyak tempoh riwayat tanaman tersebut.
d. Baja jenis mana mana pun boleh. Baik organik maupun kimia.
e. Tiada peralatan elektrik dan mekanikal diperlukan seperti pam, injap dan sebagainya.


Ini gambar bayam dalam global bucket berusia 4 bulan. Baja pelet tahi kambing.

Bayam umur 4 bulan - ketinggian 3 kaki lebih.
Video berikut mengenai Global Bucket yang saya reka....


Berikut sketsa lutsinar konsep global bucket .... bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis tanaman, jika lama tak hujan, air perlu di isi bila takungan di bahagian bawah kering.

Konsep Earth Bucket
Dengan kaedah global bucket ini saya telah berjaya menanam bayam merah dan pudina. Ada juga beberapa anak2 pokok yang saya maintain guna kaedah ini seperti anak rambutan, mangga, pokok daun kari, pokok buluh buddha, dan anak mahkota dewa. Walaupun pokok2 ini nanti bakal dipindahkan ke tanah kerana memerlukan ruang akar yang besar. Buat masa ini, anak2 pokok ini terbantut kerana ruang akar yang sedikit walaupun hidup sihat.

Sabtu, April 02, 2011

Akuaponik Test

Aquafonik ku dari bahan2 terpakai... Tong air percuma, jiran tak guna. Mula bina lebih kurang 6 bulan lepas.
Ada lebihkurang 15 ekor ikan. Paling besar 1 ekor keli (1.5 kaki), ikan karp ada dalam 10, ikan lampam, sepat, dan banyak ikan longkang...
Tanaman yg menjadi, halia, anak2 cili, kangkung, pandan, bemban. Malangnya setup ini di bawah teduhan. Tak banyak boleh test pokok lain.

Konsep Irigasi

Ni konsep irigasi untuk system "sprinkler". Air juga boleh diambil dari tangki utama untuk system "drip"....

Aquaponik Konsep

Ni konsep bermain2 di kepala ku...tanpa pam..mungkin perlu air pump untuk tujuan pengoksidenan air...